Pages

Friday, March 11, 2011

Resepi Kuih Bingka Roti Berjagung Krim

Sebenarnya kuih bingka ni memang selalu saya buat untuk family sebab 1 family memang suka makan kuih ni.Kalau tak buat puding roti buat bingka roti atau pun sebaliknya.Begitulah selalunya.1 petang masa beli kuih kat kedai kuih-muih berdekatan dgn rumah, saya terpandang 1 kuih menarik je.Susuknya seperti bingka jagung tapi ada roti.Kreatif juga makcik nie saya pun tak pernah terfikir nak tambah jagung.Terus rasa teringin.Semangat beli 2 ringgit.Balik je rumah memang kecewa habis sebab kuihnya "mengkal" (liat la ape lagi)sebab angkara tepung lebih roti kurang dan santan pun kurang.Memang mengecewakan sungguh rasanya.Lagi-lagi tak letak garam memang tak bangkit lah rasa lemak santan tue.Ni memang petua turun-temurun arwah nenek saya katanya kalau kat Perlis(tempat lain saya tak tahu la kan )hehe.. harus letak sedikit garam dalam serawa ke,bengkang ke(ibu selalu cakap bingka kacang hijau nenek saya yang dia paling tak boleh lupa kesedapannya sayang sekali ibu tak sempat belajar dengan arwah ),ketupat palas ke,bubur manisan ke (di kl panggil bingka) barulah rasa santan tue bangkit.Ha macam tu skali pentingnya garam..Kami sekeluarga patuh pada arahan ni memandangkan arwah nenek saya pernah bekerja sebagai tukang masak dulu masa beliau muda sudah pasti beliau lebih dulu makan garam dari kami..Ibu dan adik dah tertawa tengok cik tasha buat mimik muka.Awal-awal ibu dah bagi amaran masa kat kedai , bingka tue mesti kurang sedap sebab bile ditekan-tekan mampat dan padu semacam jer..Memang x habis la jawabnya.Jadi memang tong sampah semestinya jadi mangsa.Tula kan orang degil selalu rugi.Cik tasha sempat la korek resepi makcik jual kuih tu kan.Pastu balik cik tasha dgn ibu terus ubahsuai resepi asal beliau untuk memenuhi piawaian tekak antarabangsa kami aka cerewet tahap gaban.huhu..nak buat macam mana kalau x sedap xkan cik tasha makan punya..Nak bagi kuih nie tak mengkal aka jd liat ala2 dodol kena gantikan TEPUNG GANDUM dengan TEPUNG JAGUNG.Pasal nie pun jenuh cik tasha berdebat dengan ibu.Siap nak merajuk kalau kuih ni tak menjadi.Beria-ria cakap makcik tue guna tepung gandum tau bu.Ibu:nanti awak jugak yg komen keras lah.Jadi xnak keras kita ganti dengan tepung jagung,baru dia jadi lembut je.Orang berniaga takkanlah nak guna tepung jagung,botaklah dia nanti nak beli tepung jagung.Tepung gandum murah la sikit nak oii.Ok cik tasha pun kata tak mengapa kita tunggu dan lihat.Korang rasa apa hasilnya?jeng..jeng..jeng..


sebelum masak

selepas masak tak sampai 2 jam 1 loyang dah nak licin..hehe



RESEPINYA SEPERTI INI (Saiz hidangan ini boleh dapat 1 loyang besar dan 1 loyang kecil):-

BAHAN-BAHAN:
  • 1liter santan(400 ML SANTAN+AIR SEHINGGA GENAP I LITER) *saya guna santan pekat segar yang siap perah yang selalu jual kat kedai santan tu
  • 1 buku panjang roti (saya tak ingat guna berapa keping tapi bakinya dlm plastik ada lagi 5 keping je..)
  • 250 gram tepung jagung 
  • 200 gram gula(ikut kesesuaian tahap manis anda sukai)
  • 1 sudu teh garam
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 6 sudu makan mentega(dicairkan)
  • 1 tin jagung krim (saya guna Del Monte memang sedap walaupun mahal sikit,jenama S&W pun ok juga)
 Cara-cara:-
1. Carikkan roti halus-halus dan letakkan dalam 1 bekas atau tupperware yang agak besar.
2.Sementara itu dalam bekas lain satukan santan,tepung jagung,gula,telur,mentega cair,jagung krim dan garam.Kacau rata sehingga semua bahan sebati.Setelah sebati curahkan atas roti.Kacau rata dan biarkan roti terendam selama 15-20 minit.
3.Lenser loyang dengan marjerin/mentega.Tuang roti dalam loyang.Jangan letak sampai penuh.Letak roti separuh dalam loyang kerana nanti roti akan mengembang dan seterusnya melimpah kalau anda letak terlalu penuh.
4.Bakar dalam oven suhu 220 darjah celcius selama 1 jam 15 minit.Kalau tak suka bingka yang garing dan ada kerak tak perlu ikut saya.Cuma bakar suhu 180 darjah celcius bakar selama 1jam atau sehingga masak.Nak tahu masak atau tak cucuk dengan pisau atau lidi dalam roti dan ia keluar licin bersih tak melekat.


memang gebu lemak berkrim

segar dari oven



selamat mencuba
Monday, March 7, 2011

Resepi Spaghetti Aglio Olio

ATAS PERMINTAAN KHAS KAWAN FB SAYA CIK Melrose Aienella.



 Bahan-Bahan:-
-10 ulas bwg putih dadu halus(boleh kurangkan kalau tak suka)
-10 tangkai cili kering buang biji dan rendam air panas.(boleh tambah untuk lagi pedas)
-1 cawan minyak zaitun (beli jenis biasa yang tulis MILD di label,jangan guna extra virgin olive oil sebab takut anda kurang gemar baunya)
 
-1 kiub pati ayam (saya guna jenama maggi)
-buah zaitun (ade jual dlm botol di Giant)
 
-seafood mix (udang,sotong,lala)ikut suke nk letak banyak mana.
Notis penting:Kalau letak lala saya akan basuh bersih-bersih dahulu dan kemudian rebus.bila nak makan barulah letak lala atas spaghetti.
-spaghetti 1 paket.
-basil dan oregano kering(ade jual dlm botol kt supermarket bahagian rempah ratus,saya beli mccormick)
 
cara-cara:
1.rebus spaghetti sampai lembut.kemudian toskan.letak sedikit minyak masak sewaktu merebus bagi mengelakkan spaghetti melekat.
2.tumis bawang putih dengan minyak zaitun.PASTIKAN JANGAN HANGUS ok!Kalau tak susah spaghetti nie nak rasa sedap nanti.Kemudian masukkan seafood mix.
3.lepas semua bahan-bahan
masak masukkan kiub pati ayam.kemudian letak garam,gula secukup rasa.lepas itu masukkan spaghetti..akhir sekali taburkan  basil dan oregano.basil tu agak hot n spicy mcm lada hitam.jagan la tabur mencurah-curah sampai tak ingat dunia kalau tak mahu pedas sangat..hehe..lepas masak kalau rasa spaghetti tu agak kering boleh curahkan minyak zaitun lagi keatasnya supaya lebih lembap.jangan risau minyak zaitun makn banyak tak mengapa nanti kulit jadi cantik macam dewi yunani.heheh..
4.sedia untuk dihidang..

SELAMAT MENCUBA!
Monday, February 21, 2011

AL-KISAH CERITERA BROWNIES KUKUS BANDUNG

Kali ini entri bukanlah tentang resepi tapi cerita macam mana boleh terbuat brownies kukus ini.Memang jadi bidan terjun sebab pertama kali nak cuba buat.Kalau bukan sebab bff saya Lin yang nak sangat-sangat makan rasa sampai bila-bila takkan buat punye brownies ni.Kesian kat kawanku ini sudahlah belum kesempatan memberinya hadiah perkahwinan lagi.Dia nikah pada 13 februari yang lepas.huhu..Bagi pula hadiah brownies yang dah dikerat-kerat.Tiada kemaafan betullah aku ini.Kek coklat tu  dah amat terbiasa sekali la membuatnya tapi brownies belum pernah dapat 'hidayah' lagi nak buat.Saya sebenarnya  kurang gemar makan brownies sebab selalunya brownies yang saya makan kering macam 'overbaked',pahit mengalahkan jadam(sebab letak coklat melampau-lampau) lepas tu keras macam 'dianginkan'.Bayangkanlah!Mesti kalian pening kapala dgn bahasa ku ini nak buat macam mana inilah jadinya kalau terlalu memuja sejarah 'TUN TEJA'.Kadang-kadang kedai bakeri yang besar-besar dan ternama pun belum tentu boleh membuat brownies yang enak.Tengah merenung-renung dinding memikirkan resepi brownies tiba-tiba teringat bff  raja eli safuraa pernah cakap die menikmati brownies kukus yang enak sewaktu di Bandung dahulu.Waktu-waktu gawat begini mulalah pelbagai fakta muncul di kotak fikiran dan bermacam idea bernas melimpah-ruah.Mengikut telahan saya selalunya benda-benda yang dikukus ini  akan menjadi lembut dan lembap!Maka saya pun mencarilah resepi di internet(sumber utama resepi-resepi masakan saya) dan kebetulan resepi yang dijumpai adalah milik 'blogger dari Indonesia'.Kredit kepada beliau.Bolehla klik pada link ni http://homeresto.wordpress.com/2008/03/04/steamed-brownies-brownies-kukus/.Bagaimana pun saya ada mengubahsuai sedikit resepi supaya rasanya coklat tidak terlalu pahit.Nanti migrain terus sebab pahit sangat kan.Sedangkan saya sendiri tidak pernah merasa brownies yang  rasa seperti 'betul-betul berbaloi mati untuknya'.HA mesti terkejut dengarkan?Kalau dalam bahasa akaun orang kata tiada 'benchmarking' atau penanda aras.Bila dah bagi dekat bff Lin saya jadi kaget.Kalau tidak sedap rasa kurang seronok la pula.Saya selalu mahu yang terbaik untuk setiap masakan saya sebab setakat ini apa yang saya masak belum pernah tak menjadi sehinnga perlu menjadi makanan TONG SAMPAH.Tiada niat nak meninggi diri tapi jikalau gagal saya pastinya tak mahu buat brownies lagi.Betul..Tak percaya sudahlah =p

LEPAS BAGI PADA LIN DALAM SEJAM LEBIH KEMUDIAN DIA SMS CAKAP 'PERGGH SEDAP GILER SHA' ALHAMDULILLAH NASIB BAIK BAIK MENJADI DAN SAYA GEMBIRA DIA GEMARKANNYA

RASANYA BELUM TERLEWAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA BFF LINDA.SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU.AMIN..
Thursday, February 17, 2011

SESI 'MAKEOVER' ULTRA -LAVANDE BERSAMA LANCOME DAN COSMOPOLITAN

JULIA RESTOIN-ROITFELD MERUPAKAN MODEL RANGKAIAN ULTRA- LAVANDE

Rindu benar rasanya pada blog saya ini.Rasa sekian lamanya tidak menjengah.Apakan daya renjatan masa membataskan saya melakukan banyak perkara dalam satu masa.Biarlah lambat asalkan buah hasilnya begitu mantap.Terasa agak merindui pula papan kekunci  komputer riba saya setelah beberapa ketika mendiamkan diri.Agak sentimental lah pula saya hari ini sementelahan halwa telinga sedang melayan lagu 2pm,i'll be back.Tapi diam saya sebelum ini bukan sebarang diam ya.Diam saya  ada isi.Jangan disalah sangka bukannya bermaksud menambah berat  badan lagi.hehe..Tetapi menambah pengalaman baru apabila dapat menimba peluang sejenak bersama Lancome dengan kerjasama Cosmopolitan pada 14 Februari 2011 sempena Hari Valentine(kita sebagai umat islam tidak boleh menyambut valentine ya)telah diperkenalkan dengan barisan produk baru sempena musim bunga iaitu rangkaian ULTRA LAVANDE semekar titisan bunga lavender unggu yang tumbuh meliar indah.Jadi entri saya pada kali ini pastinya berkaitan dengan produk yang memang mengagumkan ini.Koleksi karya Pengarah Artistik Mekap Lancome  Aaron De Mey,Ultra Lavande merupakan inovasi baru yang diilhamkan oleh beliau bagi musim bunga kali ini.Saya bukan sebarangan memuji kerana saya sendiri telah mendapat peluang keemasan yang diberi oleh majalah Cosmopolitan untuk sesi 'makeover' dengan menggunakan rangkuman kosmetik terkini ultra lavande oleh jurusolek ALAN yang telah  lebih 10 tahun bersama Lancome mengemudi barisan jurusolek profesional.Adakah saya gembira?Sudah tentulah kerana Lancome antara jenama mewah dan terkenal.Sudah pasti saya ternanti-nanti sejauh mana rangkaian warna-warna baru ini mengekalkan kualiti tradisi produk-produk terdahulu.Memandangkan saya memang gemar bereksperimen dengan solekan dan sentiasa mengemaskini pengetahuan saya berkaitan produk-produk kosmetik terbaru dipasaran sudah tentu saya mempunyai 'high expectation'terhadap rangkaian ultra lavande ini.


SAYA DAN MUA ALAN DI KAUNTER LANCOME ISETAN,KLCC.SAYANG SEKALI TERLUPA NAK BERGAMBAR BERSAMA CIK SOFEA WAKIL DARI COSMOPOLITAN.


Ternyata saya berpuas hati dengan koleksi pembayang mata Colour Design Mineral Quad Eyeshadow ini.Jurusolek meggunakan palet WARM LAVANDE untuk mata saya.Palet ini mengandungi tona kuning keemasan,perak,unggu lembut dan unggu gelap.Setelah mata selesai dirias wajah saya dioles pula dengan bedak asas TEINT MINERAL.Dengan litupan sederhana kulit saya terasa lembut bak sutera dan terasa begitu ringan sekali sapuan bedaknya.

LEPAS 'MAKEOVER' DAH BERPELUH PUN MEKAP MASIH BERTAHAN




ADIK SAYA TURUT MENDAPAT SENTUHAN ALAN
PALET 'WARM LAVANDE' INI JUGA SESUAI UNTUK REMAJA .HANYA  'BLEND' MENGGUNAKAN WARNA-WARNA LEMBUT SECARA TIPIS  DIKAWASAN MATA.



'GOODIE BAGS' KAMI TERIMA KASIH KEPDA LANCOME DAN COSMOPOLITAN

RESEPI KEK PANDAN LAYER


KEK PANDAN LAYER YANG SAYA BUAT 2 LAPISAN SAHAJA


Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovalette
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair

  BAHAN-BAHAN UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan (saya bancuh santan dalam kotak kecil dan campurkan dengan air sehingga genap 1050 ml)
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh pes pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee( warna hijau)saya beli jenama NONA
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping. 
          NOTA PENTING:saya mengelak dari memotong kek bimbang ia tidak kemas jadi saya bakar kek dalam 2 loyang berbeza yang sama saiz dan bentuk( saudara mat gebu buat 3 lapisan tetapi saya hanya buat  2 lapis memandangkan saya baru pertama kali cuba membuat kek ini.)Loyang yang saya gunakan ini kecil sedikit dari loyang utama yang akan digunakan untuk melapis kek.Loyang utama itu haruslah lebih besar dan tinggi dari loyang membakar kek bagi memudahkan urusan melapis kek dengan kastard nanti.

      4.UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan-bahan untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek. 
     
     5.UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang-ruang tepi kek dgn lebihan kastard.
      
     6.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
      
     7.Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek ini dimulai dgn bahagian kastard dan diakhiri dgn kek..

        NOTA PENTING:saya mulai kek dengan adunan kastard dan juga tutup kek kembali dengan adunan kastard.Bagi amatur saya rasa kaedah ini lebih berkesan dan mudah untuk mengawal kek ini kerana lapisan kastard yang beku akan memegang kek ini dengan sebaiknya serta memudahkan anda untuk melakukan proses menebalikkan kek dari acuan.Dan seterusnya menghias kek dengan kelapa kering.
KREDIT KEPADA SAUDARA MAT GEBU YANG MEGIZINKAN SAYA BERKONGSI RESEPI INI DIBLOG SAYA.



 
SEDAP DIMAKAN SEJUK-SEJUK.MUDAH DIBUAT KEK INI SEBENARNYA.
Thursday, February 10, 2011

Resepi Spaghetti Bolognese Dengan Bebola Daging Gaya Tradisonal




Resepi ini untuk 5-6 orang makan.

Bahan-bahan:-
1 bungkus spaghetti 
-Rebus spaghetti didalam air mendidih yang diletak 2 sudu minyak masak dan 1 sudu teh garam bagi mengelakkan spaghetti melekat.Bila lembut angkat dan toskan.

  • Bahan-bahan sos:-
  • 5 labu bawang Holland didadu
  • 500gm daging kisar dibersihkan dengan limau nipis untuk menghilangkan bau daging (saya guna jenama Ramly)
  • 1 tin besar tomatu puri (saya guna jenama Duchef kerana ia tidak terlalu masam)
  • 1 tin cendawan potong dalam tin  (saya guna jenama Rex)
  • 4 sudu besar cili kering (boleh tambah lagi jika nak lebih pedas.saya memang tak makan pedas.hehe..) 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Bebola Daging (saya beli keluaran Marina mahal sedikit tapi memang sedap sangat dan kurang lemak) 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air
  • 2 sudu besar serbuk oregano kering untuk letak dalam sos(tiada pun tak mengapa)
  • Keju Parmesan (tiada pun tak mengapa)
  • Basil Kering

Cara-cara:-
1.Panaskan minyak dalam kuali (seeloknya guna kuali/periuk yang agak besar)kemudian masukkan bawang yang didadu tadi.Setelah bawang naik bau dan bertukar jadi kuning  masukkan cili kering.Setelah cili garing masukkan daging dan biarkan masak seketika.
2.Sementara itu didalam periuk lain sediakan bebola daging.Untuk bebola daging Marina itu saya ikut arahan dibelakang pek.Saya tidak nyahbekukan dahulu bebola daging jadi saya masukkan pek bebola dalam air mendidih lebih kurang 20 minit.Kemudian saya angkat dan keluarkan bebola daging yang sudah siap direbus itu,Kelebihan kaedah ini bebola tadi tidak akan menyerap air rebusan lalu tidak akan mengembang dan bertukar rasa.
3.Bila daging empuk.Masukkan tomato puri kedalam tumisan daging tadi dan renih lagi.Renihkan hingga naik minyak dan masukkan cendawan potong.Setelah itu masukkan air anggaran 1 3/4 liter.Dan biarkan mendidih.Setelah mendidih bolehlah dimasukkan bebola daging tadi.Biarkan mendidih lagi sehingga sos agak pekat.Setelah  sos menjadi pekat masukkan garam dan gula secukup rasa.Taburkan serbuk oregano kering tadi.Kini sedia untuk dihidangkan bersama-sama spaghetti.
4.Untuk menambah lebih perisa bolehlah taburkan keju Parmesan ,sedikit oregano dan basil kering keatas spaghetti yang telah diletak sos.Sedia Untuk disantap.Selamat Mencuba!

Resepi Ikan Gerut-gerut Comel dengan Perahan Limau Nipis

MUDAH,SEDAP DAN RINGKAS.TAK RUGI CUBA!


BAHAN-BAHAN:-
3 ekor ikan gerut-gerut bersaiz tapak tangan dewasa dibasuh bersih(ikan ini lagi sedap dari jenahak)
Garam dan serbuk kunyit untuk digaul dengan ikan
2 labu bawang besar Holland
2 inci halia dipotong senipis yang boleh
1 biji limau nipis dibelah dua
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan masukkan1 keping  asam keping untuk mengelakkan ikan dari melekat pada kuali (lazimnya saya gunakan kuali anti melekat).Ikan ini seeloknya digoreng tenggelam ‘deep fry’ barulah bahagian luar akan garing dan isi bahagian dalam akan menjadi lembut.Setelah minyak benar-benar panas barulah masukkan ikan untuk digoreng.Setelah ikan masak bolehlah diangkat.
-Dalam kuali berasingan tumis 4 sudu besar minyak.Masukkan bawang dan halia.Kemudian masukkan sedikit garam dan gula.Hanya sedikit garam memadai kerana ikan telah pun diletak garam sebelum digoreng tadi.Takut nanti masin pula kalau tidak berjaga-jaga.Apabila bawang telah menjadi kuning bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan goreng tadi.Kemudian perahkan sebelah limau nipis keatas ikan-ikan tadi.Lagi sebelah limau nipis adalah untuk diperah pada bahagian ikan-ikan yang sebaliknya.Sedia untuk diratah panas-panas atau dihidangkan dengan nasi.

JUADAH TENGAHARI TADI

Ibu inspirasi saya!

Salam penuh mesra buat semua pembaca diluar sana yang bakal menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini.Sementelahan saya ini hanyalah ‘blogger’ amatur yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini saya amat berbesar hati jika anda semua sudi membaca.Setelah menyiapkan blog kecantikan saya http://whengirlmeetscolors.blogspot.com/ barulah tumpuan saya teralih untuk menyiapkan blog masakan saya ini.Tambah-tambah lagi setelah melihat rancangan Us Masterchef  maka lagilah saya berkobar-kobar untuk buat blog tentang ‘masak-masak pula’.Dan kini ada pula rancangan Junior Masterchef  saya rasa amat kerdil untuk dibandingkan dengan kanak-kanak cilik berusia 8-12 tahun yang amat handal memasak pelbagai juadah makanan dan  pencuci mulut mengikut resepi pelbagai negara yang lazat dan sukar untuk dibuat.Kagum sungguh melihat mereka.Bertambah semangat saya untuk menghasilkan blog ini.Lagipun kini saya yang mengambil tugas memasak dalam rumah memandangkan ibu pun sudah berusia dan saya sendiri pun memang minat memasak jadi ia bukanlah satu tugas yang sukar.Ibu memang memberi inspirasi kerana kata ibu arwah nenek saya (mak kepada ibu saya)dulu pernah bekerja sebagai tukang masak jadi sudah tentu kemahiran memasak sudah ada dalam susur galur kami.Ibu juga pernah berkata yang  “semua orang boleh memasak, tetapi tidak semua orang boleh memasak dengan sedap dan lazat”.Jadi memang kadangkala saya agak cerewet dalam memilih makanan,hanya nak makan benda yang sedap sahaja.Bagaimana nak buat?Kerana lidah ini telah dilatih dengan makanan yang sedap-sedap sejak dari dalam perut ibulagi.Hehehe..Bingka mesti nak rasa lemak,gulai tak boleh cair,buat pengat mesti letak garam sedikit barulah bangkit rasa santannya.Ini antara pesan ibu yang dah termaktub dalam ingatan saya.Bayangkanlah dulu masa umur 5 tahun sewaktu bersekolah tadika Cina Lee Rubber bila cikgu tanya makanan kegemaran saya jawab lauk kurma.Boleh kata di rumah ibu akan masak kurma ayam, bila pergi rumah pengasuh(yang saya panggil mak) dia pula akan masak kurma daging.Jadi kesimpulannya saya dah tak lalu nak makan kurma sekarang cuma sesekali itu bolehlah sebab dah jemu sangat-sangat dulu dah terlebih makan.Jadi setiap benda yang saya makan saya akan bandingkan dengan air tangan ibu saya.Begitulah besarnya pengaruh beliau pada saya yang mendorong saya hingga minat memasak.Bagi saya semua orang pun pasti begitu. Merasakan masakan ibu adalah juadah paling sedap didunia ini.Buat ibu yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51 baru-baru ini saya ingin menyatakan bahawa ibu adalah orang saya saya paling cintai didunia ini sehingga ke akhirat nanti.Angah sayang ibu!
Wednesday, February 9, 2011

Mengapa Marilyn Monroe suka kiub ais,Hillary Duff penuhkan dapurnya dengan rempah ratus dan bagaimana untuk bebaskan cela dari wajah???

1.Masalah muka berpeluh-Bagi yang wajah mudah berpeluh pastinya merasakan masalah ini akan mencacatkan solekan anda.Sebelum bersolek ambil beberapa ketul kiub ais dan usapkan diseluruh wajah dan kemudian barulah memulakan solekan diwajah.Kiub ais dapat membantu mengecilkan liang-liang peluh diwajah.Kaedah ini  digemari dan diguna pakai sendiri oleh pelakon lagenda Hollywood Marilyn Monroe.

2.Alis yang cantik,lebat,hitam dan rapi-Cuba sapukan sedikit jeli petroleum Vaseline menggunakan 'cottonbud'  pada kening setelah selesai bersolek untuk 'memegang' kening supaya kedudukannya cantik dan kemas.Kaedah ini juga  dapat menghitamkan dan melebatkan alis anda secara semulajadi.Sesuai untuk anda yang diluar sana yang tidak gemar menggunakan celak untuk melukis alis mata.Alis milik Supermodel terkenal Hilary Rhoda antara yang saya minati kerana ianya tebal,tersusun dan gelap melawan gaya semasa yang gemarkan alis yang halus dan tajam.


Hilary Rhoda Pictures, Images and Photos
HILARY RHODA MEMPUNYAI CONTOH ALIS  YANG TEBAL DAN CANTIK.SUMBER GAMBAR DARI PHOTOBUCKET

3.Gincu tahan lebih lama dan cantik -Sapukan bedak asas dahulu di bibir menggunakan span.Kemudian sapukan gincu dibibir kemudiankan pedapkan dengan tisu untuk mengurangkan minyak dan lembapan.Kemudian barulah sapukan gincu sekali lagi di bibir.Untuk hasil yang lebih kemas gunakan penggaris bibir bersama.

4-Bibir kering merekah-Janganlah dikopek bibir yang menggelupas itu ok.Juga tak perlu basahkan bibir dengan lidah anda.Ini akan sangat-sangat memburukkan lagi keadaan.Apa yang anda perlu buat hanya skrub bibir menggunakan berus gigi kanak-kanak yang berbulu halus dan lembut.Hanya basahkan bibir dan berus  bibir secara lembut untuk membuang sel-sel mati dan kulit yang menggelupas.Tidak perlu menggunakan ubat gigi sewaktu men'skrub' bibir ya.Selepas itu gunakan salap bibir yang bersesuaian dan pastikan anda minum air 8-10 gelas sehari.


sexy lips Pictures, Images and Photos
 KAN BEST ADA BIBIR MERAH BAK DELIMA MEREKAH


5.Mengecutkan jerawat dan menghilangkan jeragat-Kaedah ini sangat efektif dan diamalkan sendiri oleh Hillary Duff.Hanya perlu geledah dapur anda untuk mengecutkan jerawat.Mesti anda tertanya-tanya biar betul kan.Caranya begini  ambil 5 ulas bawang kecil merah dan tumbuk denagan lesung batu.Pastikan lesung batu anda dibasuh bersih-bersih bimbang pijar pula muka nanti.Jangan gunakan pengisar sebab nanti bawang akan berair pula.Kemudian letakkan pada kawasan yang berjerawat semalaman.Kemudian bilas wajah esok paginya.Ulangkan sampai jerawat di wajah anda kecut.Bawang yang berlebihan boleh disimpan didalam peti ais dan digunakan lagi.
-1 lagi petua yang diamalkan oleh kawan sebilik saya di Uitm ecah adalah kisar 1 batang kulit kayu manis dengan pengisar kering dan bancuh dengan sedikit air.Sapukan di kawasan jerawat dan jeragat di muka muka sebelum tidur.Bilas wajah esok paginya.Baki yang berlebihan boleh disimpan pada suhu bilik untuk digunakan lagi.
PERHATIAN:Bahagian yang disapu bawang/kulit kayu manis akan terasa pedih tapi hanya untuk pada permulaan sahaja kerana rempah ratus merupakan bahan yang panas.Jadi jangan guna dalam kuantiti yang berlebihan  untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.


Monday, February 7, 2011

BENEFIT BOO BOO ZAP ! -MY SUPERWOMAN,THE ACNE FIGHTER.

What is the BENEFIT BOO BOO ZAP actually?It is a type of solution that you can use to apply on your acne or breakouts to defeat the imperfections.Definetely this is a MUST HAVE magical product for all ACNE HATERS out there.Like a wonder women this is how the products showing off  its power.



BENEFIT BOO BOO ZAP SOLUTION



How it works:The dynamic blend of camphor,witch hazel and other ingredients can help purify the problem areas.You will feel the cooling sensation on the area where you put it on.

Advantages:
-It works very FAST.
-Reduce the appearance of reddish acne (which is totally can be the center of attention on your face).So no more red spots on your face that you hate the most.
-PAINLESS.You won't feel hurt as it  just makes your acne dries out and shrink it.
-You may apply it before or after using make up.
-Penetrates quickly.
-Great in reducing especially the hurtful swelling acne (after a fews application you can't even notice the lump).
-Nice packaging .
-Small bottle,easy to carry for travelling.
-Unique name (hehehe..)
 
Disadvantages:-
-Little amount per bottle.Its only amounted  6.0 ml.
-A bit pricey because it worth RM93 per bottle.
-You have to keep reapply it often if you have a bad acne problems.Means you have to use it wisely or you will end up spending your bills more.


From my point of view:-
For me this product is worth to buy.My face is rarely break outs.So once a while i got acne during PMS and it will draw attention for people to look at me twice. Really hate it!!!Now my new love is Benefit  Boo Boo Zap because it really works exactly like it says.This was  the first Benefit goodie that i bought.The best i have ever tried and no doubt i will buy it again.Benefit counters can be found at SOGO,ONE UTAMA,PARKSON KLCC and etc.



MINE ONLY LEFT HALF OF BOTTLE
Sunday, February 6, 2011

ZAMAN GELAP Vs ZAMAN RENAISSANCE



Eva Longoria
Rasa seperti sekian lama tidak bertinta tiba-tiba muncul idea-idea bernas bertalu-talu dikotak fikiran tentang entri kali ini.Mesti anda hairan apakah yang dimaksudkan zaman gelap itu?Apakah  kena mengena pula dengan zaman renaissance?Yang pasti bukanlah topik sejarah yang ingin saya kongsikan bersama anda.Zaman gelap itu mngikut definisi saya pada entri hari ini  merupakan satu zaman yang memang ber"gelap" (kulit mendung lah maksudnya hehe..),kurang cantik,tidak pandai bergaya,tidak tahu apa erti krim kecantikan wajah (memang tiada idea langsung tentang  toner,scrub ,moisturizer dan sebagainya),malas menjaga penampilan diri,dan badan tiada berbentuk (kurus dan gemuk ).Bak kata pelakon Eva longoria yang pada zaman sekolahnya beliau memang tidak cantik sehingga digelar 'ugly duckling'.Tapi lihatlah bagaimana Eva berubah pada hari ini sehingga menjadi seorang ikon genit yang sering dipuji oleh pengkritik fesyen kerana sering meggayakan busana yang anggun dan berpenampilan cantik dan menarik.Justeru itu mengapa adalah sukar untuk berubah.Ada sesetengah mengatakan saya takut untuk mencalit walau sedikit mekap sebab saya sebelum ini tidak pernah langsung memakai solekan.Bukannya anda perlu bermekap seperti wayang opera.Setidaknya bila sudah ada asas senanglah untuk bermekap apabila pergi temuduga nanti.Jangan khuatir juga rakan-rakan atau teman lelaki akan mentertawakan anda.Yang penting anda sendiri bahagia dan puas hati.Sesetengah orang juga sering berkata saya mahu 'natural beauty' jadi tak perlu bersolek lagi.Nah bagi saya 'natural beauty' adalah apabila anda dalam keadaan bertelekung dan bersedia untuk bersolat kerana pada waktu itu wajah anda bebas dari mekap dan krim hanya dihiasi dengan wudhuk.Itulah rupa sebenar anda dalam keadaan 'natural beauty' .Jika ada menggunakan krim pelindung tabir suria,pelembap,bedak padat,celak mata dan salap bibir sebelum keluar rumah itu bukanlah istilah 'natural beauty' sebenar yang segelintir dari anda sering laung-laungkan.Ini kerana anda masih menggunakan produk-produk kosmetik pada wajah anda.Bukan semua orang sedia sempurna dan mempunyai kecantikan semulajadi yang tiada tolok bandingan sehingga boleh menidakkan  100% keupayaan produk-produk kosmetik.Harap anda sekalian faham dengan frasa 'Make up is to bring your inner out ,not to bring your outer in'.Solekan bukan untuk menutup apa yang anda ada tetapi menyerlahkan apa kepunyaan anda.Kadangkala penting untuk kita diberi tanggapan pertama yang baik oleh orang lain.Tiada perempuan yang tidak cantik yang ada hanyalah perempuan yang malas ya.Penting juga untuk ada menjaga pemakanan serta penampilan diri.Maklumlah jenis orang kita ini benda yang tidak elok cepat sekali ditegurnya jarang sekali pujian yang ikhlas tentang benda yang baik itu segera dilayangkan.Setidaknya jika penampilan anda anggun dan berbentuk badan bagus sudah tentu anda tidak akan jadi mangsa 'shout out'oleh makcik-makcik anda di hadapan khalayak ramai di dalam majlis atau kenduri kendara.Biarlah gagal kerana mencuba daripada tidak mencuba langsung dan  beranggapan anda memang telah ditakdirkan sejak azali untuk menjadi gemuk,hitam atau pun tidak cantik ok.Saya faham tak akanlah kita nak ambil doh tepung dan sumbat sebiji-sebiji untuk menutup mulut mereka yang mencerca itu. Jadi anda memang perlu berdiet.Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.Kalau rasa malas bersenam waktu pagi pergilah bersenam pada waktu petang atau malam.Masih rasa malas nak keluar rumah bersenam sahajalah dalam rumah dengan dipandu oleh cakera padat yang memaparkan cara-cara bersenam.Petua-petua kecantikan yang bagus untuk dijadikan amalan:-


CUKA EPAL DAN MINYAK ZAITUN




1.Minum 1 sudu minyak zaitun dara mentah(extra virgin olive oil)2 kali sehari (bangun tidur dan sebelum tidur).Saya dapat petua ini dari rakan sebilik saya di uitm.Khasiat minyak zaitun akan hilang jika digunakan dalam masakan yang dimasak dengan suhu tinggi sebab itu elok diletak dalam salad atau dimakan mentah terus.
Fungsi~Baik untuk kulit.Bagus untuk melambatkan proses penuaan dan mencegah kedutan di wajah.Merupakan rejim kacantikan unggul wanita-wanita  Scandinavia.
2.Cuka Epal Cider.Bancuh 1 sudu teh cuka epal dalam 1 gelas air dan dicampurkan sedikit madu lebah.Minum 3 kali sehari untuk kesan yang lebih elok iaitu selepas bangun tidur,pertengahan pagi dan tengahari.
Fungsi~ Kaya dengan khasiat kecantikan serta membantu melancarkan proses perkumuhan serta mengurangkan berat badan.
3.Ambil minyak kelapa dara secara berkala setiap hari.Mudah didapati di farmasi-farmasi.
Fungsi~Mmembantu  mengurangkan berat badan.Mengikut kajian saintifik lemak dalam minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badan.Berbanding minyak canola,jagung dan matahari yang dikatakan kurang lemak tetapi berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya yang lain jika berterusan mengambilnya.Dalam masakan juga adalah digalakkan mengambil minyak kelapa sawit berbanding minyak canola,bunga matahari atau jagung.Sapuan mentega pada roti juga adalah lebih baik berbanding marjerin kerana marjerin mengandungi lemak trans yang berbahaya.Jadi jangan tertipu dengan label kurang lemak dan sebagainya.

Untuk kecantikan wajah pula anda harus disiplinkan diri dengan 3 langkah penting dalam rutin penjagaan wajah.Membersih,menyegar dan melembap.Wajah harus dicuci 2 kali, dibersihkan dengan pembersih mekap dahulu serta dicuci sebanyak dua kali setiap sesi bagi yang mengenakan mekap dengan setiap durasi cucian selama 2 minit.Tips ini saya dapat dari seorang staf kaunter kecantikan sk2.Kepentingan penyegar adalah untuk menutup pori-pori yang terbuka setelah mencuci muka tadi.Selepas itu gunalah pelembap yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.Pastikan anda skrub wajah 2 kali seminggu untuk membuang sel-sel kulit mati.Selepas skrub wajah elakkan dari keluar rumah serta-merta dan mendedahkan kulit anda pada terik matahari kerana pada waktu ini keadaan kulit anda telah menipis kerana skrub telah mengelupaskan lapisan kulit yang tidak diperlukan.Jika perlu sangat untuk keluarkan pakailah pelindung tabir suria lebih tebal sedikit dari biasa untuk perlindungan yang maksimum.Sebagusnya skrub yang digunakan adalah jenis 'MICRODERMABRASION'.Skrub ini meminimumkan risiko kulit wajah anda tercedera dan mengalami kerengsaan kerana partikel-partikelnya yang sangat halus dan menyerap ke dasar wajah.Antara jenama yang menawarkan skrub jenis ini adalah Clinique dan Kiehl's.Yang menjadi kegemaran saya adalah Clinique Turnaround Instant Facial.Dalam masa 5 minit anda teleh selesaikan melakukan perawatan wajah lengkap kerana skrub ini kaya dengan mineral.Saya suka sekali efek bersinar diwajah saya selepas selesai berskrub kerana  kandungan serbuk mineralnya yang baik untuk kulit.Ia merangkumi  'mask' juga bagi skrub ini.Gunakan air suam sewaktu berskrub dan bilas dengan air biasa selepas itu.Setelah kulit wajah terjaga,berpenampilan menarik dan bergaya anggun maka sekarang anda sudah bersedia untuk melangkah ke Zaman Renaissance.Memanglah anda perlu melabur sedikit untuk menjaga penampilan.Ukurlah baju di badan sendiri dahulu.Tidak perlu untuk menoleh ke belakang lagi.Siapa kata selepas berada di takuk yang lama anda tidak boleh berada di takuk yang baru kan.Bagi saya erti zaman Renaissance adalah anda berpenampilan anggun,cantik,bijak,sihat luaran dan dalaman,berkeyakinan,berkarisma,mempunyai berat badan yang sesuai dengan ketinggian,dan berbudi pekerti tinggi.Jika anda tidak berubah sekarang bila lagi anda akan berubah.Jika ada orang boleh melakukannya mengapa anda yang diluar sana masih teragak-agak dan menghalang diri anda dari melakukan perubahan.Tetapi bila anda sudah berubah menjadi lebih baik nanti janganlah pula bersikap takbur,sombong dan kedekut ilmu.Semoga saya juga dijauhkan dari sifat-sifat ini oleh Allah S.W.T..Berubahlah dari sekarang fokuslah apa yang anda inginkan.Tepuk dada tanya selera.=))



KAMI 2003



KAMI 2011


NASIB BAIK MEREKA  BAGI IZIN GAMBAR KUNO INI DIMASUKKAN



AGAK-AGAK BOLEH TEKA TAK YANG MANA SATU KAMI??












Sunday, January 30, 2011

No-No Time *Instant Make Up*- Fresh Face with Bold lips

This look i created  last week when i was rushing to attend 1 event.it was a no-no time makeup indeed...Whenever i have no enough time to do a propper make up i'll just apply lipstick on my lips.A good lipstick is one that make you look instantly fresh and stand out even thats the only single thing you use in your make up routine.I mean without blush ,eyeliner,eyeshadows and etc.. This time i'm soooo.. crazy over the  red lipstick and how to create the perfect bold lips.But the 1 i'm using in the pic is a nice shade of red with deep plum tone and slight of burgundy.For my cheeks miss yuri just swiped a hint of pinkish blush to me.Then i finished my eyes with two type of mascara as apart of my experiment.This was how my make up looked like when i got back from the event.Later on  i'll do reviews on each product that i used  to create this look.

 Simple Flawless face,fresh cheeks,bold lips and sky high lashes

 The Dainty blush give me a hint of  shimmery pink like it's not there but its there.



The step by step routine to do No-No time *Instant Make Up*:-
1.Cleanse,tone and moisturize well the facial skin.
2.Spray the evian facial spray to the entire face.Its good to hydrates the skin and lock the moisture.Later when you apply your foundation it will go on smoothly .(its okay if you don't have it)
3.Face/Foundation- M.A.C Lightful Ultracharge Foundation SPF 25/PA+++.It is powder type foundation and my shade is NC40.
4.Face/Loose Powder- M.A.C  Select/Sheer loose powder NC30.The function is to 'set' my make up because my T-Zone is oily.The loose powder makes my skin more flawless too and its really enhance my yellow skintone.(dah jadi  warna kuning langsat dh my kulit..hehe)
5.Cheeks-M.A.C Dainty Mineralize Blush
6.Lips-Rimmel Colour Show Off Lipstick (Stare at Me).
7.Right Eye-Maybelline Mascara the Magnum Super Film Volume Express.
Left  Eye - Rimmel The Max Volume Lash Mascara.The reason i applied different mascara for each eye because i wanna see how both mascaras can help me volumize my thick and long lashes.Fyi, i used no eyelash curler for this look.



 forget my hair and eyebrows.just focus on my lashes ok.hehehe

RIMMEL


MAYBELLINE
Saturday, January 29, 2011

Gemuk,Kurus Dan Dayang Senandung

Entri yang ingin disentuh kali ini adalah sesuatu yang amat dititikberatkan oleh kaum hawa iaitu isu berat badan.Kita sedia lazim di dunia ini ada orang kurus,gemuk,hitam,putih,kuning dan lain-lain.Tapi mengapakah ukuran badan merupakan 1 aspek penting?Bagi yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka ini tapi  bagi yang tidak pastinya menghadapi masalah hilang keyakinan diri,timbunan lemak dan juga masalah kulit wajah.Saya juga pernah menghadapi zaman gelap diwaktu sekolah menengah dulu.Diejek dan dihina itu merupakan lumrah alam.Justeru itu apabila tamat sahaja sekolah menengah dan tatkala berhadapan dunia luar saya mula menghadapi masalah keyakinan diri.Sejujurnya saya seorang yang sangat gemuk,memakai pendakap gigi dan berkulit gelap.Senang cerita sangat gelap dan gemuk sehingga diejek dayang senandung,anak badak dan sebagainya oleh mereka-mereka ini..Berat tertinggi yang pernah saya capai sebelum masuk ke kolej pada tahun 2006 adalah 93kg dengan ketinggian 168 cm.
2006
2008
Bukan saja menjadi isu dikalangan segelintir rakan-rakan dan saudara mara yang suka mengejek tetapi turut menjadi bahan buat segelintir guru-guru.Tapi saya amat berterima kasih pada mereka ini jauh sekali untuk berdendam kerana tanpa ejekan-ejekan maut tahap boleh berdarah telinga mendengarnya tidak mungkin saya akan jadi seperti lebih baik pada hari ini.Selepas itu rejim pamakanan saya berubah 100% dengan bersenam 6 kali seminggu di gim berdurasi 3 jam setiap sesi.Sihat dan cantik itulah yang setiap perempuan berhak mendapatnya.Bukan mendabik dada tapi ini adalah realiti yang saya ingin kongsi dengan semua.Tiada perempuan yang tidak cantik yang ada hanyalah perempuan yang malas.Jadi pada mereka yang mengalami masalah ini teruskan berusaha dan anggaplah kata-kata ejekan itu sebagai pemangkin.Anda boleh berubah jika anda sendiri mahukan perubahan ok.Dan pada mereka yang suka mengejek  dan mentertawakan orang lain hentikanlah perbuatan yang amat tidak matang itu.Anda tidak akan tahu betapa anda telah meragut keyakinan diri orang yang diejek.Lebih  baik amalkan konsep 'ADA MATA LIHAT,ADA TELINGA DENGAR'.Jikalau teringin sangat nak jadi 'instructor' bermulut pedas cubalah menegur secara berhemah dan personal.Mana tahu kelak orang yang anda ejek itu sudah ramping anda pula pada masa itu yang telah menjadi gemuk.Kan ke termalu sendiri namanya tu.Kalau masih segar kekal ramping tidak mengapalah kan.Fikir-fikirkanlah..Saya juga masih dalam proses meningkatkan keyakinan diri dan melangsingkan lagi badan.Kecantikan sekadar aksesori keyakinan dirilah yang menyerlahkan siapa diri anda.Selamat Berdiet =))
2010(terkini)

Salam Mesra Pembuka Bicara

Salam mesra buat kawan-kawan diluar sana yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog saya.Entri pertama saya ini membuatkan saya bagai nak tercabut urat saraf memikirkan topik yang bersesuaian.Yang pertama kali pastilah yang  tersusah untuk dilakukan tapi kalau tidak dipahat juga otak ini manakan dapat hasilnya kan..Maka terhasillah tulisan  yang berjela-jela  ini..Di blog saya ini saya seboleh-bolehnya saya akan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu tulen tanpa singkatan perkataan.Tetapi akan ada juga sesetengah entri yang akan ditulis dalam bahasa inggeris bersesuaian dengan topik atau 'review' yang akan saya utarakan nanti.Selain itu dapat juga melatih keupayaan menulis saya setelah 5 tahun berkecimpung dengan nombor dan kalkulator.Nak buat bagaimana sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan tanpa kalkulator tiada bernyawalah saya didalam kelas.Ini pengajaran yang saya dapat jikalau terlupa membawa kalkulator ke kelas.Bunyi macam agak skema tulisan saya tapi bukankah bahasa itu melambangkan bangsa.Jangan risau yang pasti saya bukanlah seorang yang menjunjung sifat-sifat skema atau erti kata lain memang tidak skema langsung.Sempena kedatangan tahun baru 2011 ini ada bermacam-macam resolusi yang bermain diminda saya.Anda pula bagaimana?Pasti ada yang ingin mencapai tahap anugerah dekan,lebih langsing,lebih kaya,ingin naik pangkat dan berbagai-bagai lagi.Semoga kita bersama-sama dapat mencapai azam-azam yang disasarkan untuk tahun 2011 ini.Akhir kata penutup bicara salam ikhlas dari saya.Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu pastilah atas kekerdilan saya ini sebagai hambanya yang lemah.Berjumpa lagi di entri yang akan datang...