Pages

Saturday, January 29, 2011

Gemuk,Kurus Dan Dayang Senandung

Entri yang ingin disentuh kali ini adalah sesuatu yang amat dititikberatkan oleh kaum hawa iaitu isu berat badan.Kita sedia lazim di dunia ini ada orang kurus,gemuk,hitam,putih,kuning dan lain-lain.Tapi mengapakah ukuran badan merupakan 1 aspek penting?Bagi yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi sudah tentu tidak menjadi masalah bagi mereka ini tapi  bagi yang tidak pastinya menghadapi masalah hilang keyakinan diri,timbunan lemak dan juga masalah kulit wajah.Saya juga pernah menghadapi zaman gelap diwaktu sekolah menengah dulu.Diejek dan dihina itu merupakan lumrah alam.Justeru itu apabila tamat sahaja sekolah menengah dan tatkala berhadapan dunia luar saya mula menghadapi masalah keyakinan diri.Sejujurnya saya seorang yang sangat gemuk,memakai pendakap gigi dan berkulit gelap.Senang cerita sangat gelap dan gemuk sehingga diejek dayang senandung,anak badak dan sebagainya oleh mereka-mereka ini..Berat tertinggi yang pernah saya capai sebelum masuk ke kolej pada tahun 2006 adalah 93kg dengan ketinggian 168 cm.
2006
2008
Bukan saja menjadi isu dikalangan segelintir rakan-rakan dan saudara mara yang suka mengejek tetapi turut menjadi bahan buat segelintir guru-guru.Tapi saya amat berterima kasih pada mereka ini jauh sekali untuk berdendam kerana tanpa ejekan-ejekan maut tahap boleh berdarah telinga mendengarnya tidak mungkin saya akan jadi seperti lebih baik pada hari ini.Selepas itu rejim pamakanan saya berubah 100% dengan bersenam 6 kali seminggu di gim berdurasi 3 jam setiap sesi.Sihat dan cantik itulah yang setiap perempuan berhak mendapatnya.Bukan mendabik dada tapi ini adalah realiti yang saya ingin kongsi dengan semua.Tiada perempuan yang tidak cantik yang ada hanyalah perempuan yang malas.Jadi pada mereka yang mengalami masalah ini teruskan berusaha dan anggaplah kata-kata ejekan itu sebagai pemangkin.Anda boleh berubah jika anda sendiri mahukan perubahan ok.Dan pada mereka yang suka mengejek  dan mentertawakan orang lain hentikanlah perbuatan yang amat tidak matang itu.Anda tidak akan tahu betapa anda telah meragut keyakinan diri orang yang diejek.Lebih  baik amalkan konsep 'ADA MATA LIHAT,ADA TELINGA DENGAR'.Jikalau teringin sangat nak jadi 'instructor' bermulut pedas cubalah menegur secara berhemah dan personal.Mana tahu kelak orang yang anda ejek itu sudah ramping anda pula pada masa itu yang telah menjadi gemuk.Kan ke termalu sendiri namanya tu.Kalau masih segar kekal ramping tidak mengapalah kan.Fikir-fikirkanlah..Saya juga masih dalam proses meningkatkan keyakinan diri dan melangsingkan lagi badan.Kecantikan sekadar aksesori keyakinan dirilah yang menyerlahkan siapa diri anda.Selamat Berdiet =))
2010(terkini)

4 comments:

  1. Angah, keep on writing this kinda topic. Good job!

    ReplyDelete
  2. insyallah maksu im workin on it now.nk kena allocate masa btol2 between menulis and study.n bkn sng nk tulis bnda manfaat n x merapu ni.=))

    ReplyDelete
  3. ok i terkejut tgk ur pic dulu. oh gosh. mcne le kurus babe?

    ReplyDelete
  4. beb dlu i peminat setia gim kott sbb tiba2 rasa nak kurus tengok korang sume kurus cantik.gim memang i pergi secara konsisten makan pun berebus,berstim semua kalau berminyak pun tekap dengan tisu sampai hilang.tension sbb susah nak dapat saiz baju dgn seluar.tula yang jadi perangasang pastu tak tahan kena kutuk lagi.

    ReplyDelete