Pages

Thursday, February 10, 2011

Ibu inspirasi saya!

Salam penuh mesra buat semua pembaca diluar sana yang bakal menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini.Sementelahan saya ini hanyalah ‘blogger’ amatur yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini saya amat berbesar hati jika anda semua sudi membaca.Setelah menyiapkan blog kecantikan saya http://whengirlmeetscolors.blogspot.com/ barulah tumpuan saya teralih untuk menyiapkan blog masakan saya ini.Tambah-tambah lagi setelah melihat rancangan Us Masterchef  maka lagilah saya berkobar-kobar untuk buat blog tentang ‘masak-masak pula’.Dan kini ada pula rancangan Junior Masterchef  saya rasa amat kerdil untuk dibandingkan dengan kanak-kanak cilik berusia 8-12 tahun yang amat handal memasak pelbagai juadah makanan dan  pencuci mulut mengikut resepi pelbagai negara yang lazat dan sukar untuk dibuat.Kagum sungguh melihat mereka.Bertambah semangat saya untuk menghasilkan blog ini.Lagipun kini saya yang mengambil tugas memasak dalam rumah memandangkan ibu pun sudah berusia dan saya sendiri pun memang minat memasak jadi ia bukanlah satu tugas yang sukar.Ibu memang memberi inspirasi kerana kata ibu arwah nenek saya (mak kepada ibu saya)dulu pernah bekerja sebagai tukang masak jadi sudah tentu kemahiran memasak sudah ada dalam susur galur kami.Ibu juga pernah berkata yang  “semua orang boleh memasak, tetapi tidak semua orang boleh memasak dengan sedap dan lazat”.Jadi memang kadangkala saya agak cerewet dalam memilih makanan,hanya nak makan benda yang sedap sahaja.Bagaimana nak buat?Kerana lidah ini telah dilatih dengan makanan yang sedap-sedap sejak dari dalam perut ibulagi.Hehehe..Bingka mesti nak rasa lemak,gulai tak boleh cair,buat pengat mesti letak garam sedikit barulah bangkit rasa santannya.Ini antara pesan ibu yang dah termaktub dalam ingatan saya.Bayangkanlah dulu masa umur 5 tahun sewaktu bersekolah tadika Cina Lee Rubber bila cikgu tanya makanan kegemaran saya jawab lauk kurma.Boleh kata di rumah ibu akan masak kurma ayam, bila pergi rumah pengasuh(yang saya panggil mak) dia pula akan masak kurma daging.Jadi kesimpulannya saya dah tak lalu nak makan kurma sekarang cuma sesekali itu bolehlah sebab dah jemu sangat-sangat dulu dah terlebih makan.Jadi setiap benda yang saya makan saya akan bandingkan dengan air tangan ibu saya.Begitulah besarnya pengaruh beliau pada saya yang mendorong saya hingga minat memasak.Bagi saya semua orang pun pasti begitu. Merasakan masakan ibu adalah juadah paling sedap didunia ini.Buat ibu yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51 baru-baru ini saya ingin menyatakan bahawa ibu adalah orang saya saya paling cintai didunia ini sehingga ke akhirat nanti.Angah sayang ibu!

0 comments:

Post a Comment