Pages

Thursday, February 10, 2011

Resepi Ikan Gerut-gerut Comel dengan Perahan Limau Nipis

MUDAH,SEDAP DAN RINGKAS.TAK RUGI CUBA!


BAHAN-BAHAN:-
3 ekor ikan gerut-gerut bersaiz tapak tangan dewasa dibasuh bersih(ikan ini lagi sedap dari jenahak)
Garam dan serbuk kunyit untuk digaul dengan ikan
2 labu bawang besar Holland
2 inci halia dipotong senipis yang boleh
1 biji limau nipis dibelah dua
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan masukkan1 keping  asam keping untuk mengelakkan ikan dari melekat pada kuali (lazimnya saya gunakan kuali anti melekat).Ikan ini seeloknya digoreng tenggelam ‘deep fry’ barulah bahagian luar akan garing dan isi bahagian dalam akan menjadi lembut.Setelah minyak benar-benar panas barulah masukkan ikan untuk digoreng.Setelah ikan masak bolehlah diangkat.
-Dalam kuali berasingan tumis 4 sudu besar minyak.Masukkan bawang dan halia.Kemudian masukkan sedikit garam dan gula.Hanya sedikit garam memadai kerana ikan telah pun diletak garam sebelum digoreng tadi.Takut nanti masin pula kalau tidak berjaga-jaga.Apabila bawang telah menjadi kuning bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan goreng tadi.Kemudian perahkan sebelah limau nipis keatas ikan-ikan tadi.Lagi sebelah limau nipis adalah untuk diperah pada bahagian ikan-ikan yang sebaliknya.Sedia untuk diratah panas-panas atau dihidangkan dengan nasi.

JUADAH TENGAHARI TADI

2 comments:

  1. waa nmpak mcm sedap dan ringkas..memandangkan bahan2 masakan sy xbyk hari ini tp kena masak gak so sy pilih utk wt masakan ikan tersebut..hehe.. hopefully menjadi... thx kak tasha ^_^

    ReplyDelete