Pages

Thursday, February 17, 2011

RESEPI KEK PANDAN LAYER


KEK PANDAN LAYER YANG SAYA BUAT 2 LAPISAN SAHAJA


Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovalette
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair

  BAHAN-BAHAN UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan (saya bancuh santan dalam kotak kecil dan campurkan dengan air sehingga genap 1050 ml)
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh pes pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee( warna hijau)saya beli jenama NONA
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping. 
          NOTA PENTING:saya mengelak dari memotong kek bimbang ia tidak kemas jadi saya bakar kek dalam 2 loyang berbeza yang sama saiz dan bentuk( saudara mat gebu buat 3 lapisan tetapi saya hanya buat  2 lapis memandangkan saya baru pertama kali cuba membuat kek ini.)Loyang yang saya gunakan ini kecil sedikit dari loyang utama yang akan digunakan untuk melapis kek.Loyang utama itu haruslah lebih besar dan tinggi dari loyang membakar kek bagi memudahkan urusan melapis kek dengan kastard nanti.

      4.UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan-bahan untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek. 
     
     5.UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang-ruang tepi kek dgn lebihan kastard.
      
     6.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
      
     7.Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek ini dimulai dgn bahagian kastard dan diakhiri dgn kek..

        NOTA PENTING:saya mulai kek dengan adunan kastard dan juga tutup kek kembali dengan adunan kastard.Bagi amatur saya rasa kaedah ini lebih berkesan dan mudah untuk mengawal kek ini kerana lapisan kastard yang beku akan memegang kek ini dengan sebaiknya serta memudahkan anda untuk melakukan proses menebalikkan kek dari acuan.Dan seterusnya menghias kek dengan kelapa kering.
KREDIT KEPADA SAUDARA MAT GEBU YANG MEGIZINKAN SAYA BERKONGSI RESEPI INI DIBLOG SAYA.



 
SEDAP DIMAKAN SEJUK-SEJUK.MUDAH DIBUAT KEK INI SEBENARNYA.

0 comments:

Post a Comment