Pages

Thursday, February 10, 2011

Resepi Spaghetti Bolognese Dengan Bebola Daging Gaya Tradisonal




Resepi ini untuk 5-6 orang makan.

Bahan-bahan:-
1 bungkus spaghetti 
-Rebus spaghetti didalam air mendidih yang diletak 2 sudu minyak masak dan 1 sudu teh garam bagi mengelakkan spaghetti melekat.Bila lembut angkat dan toskan.

  • Bahan-bahan sos:-
  • 5 labu bawang Holland didadu
  • 500gm daging kisar dibersihkan dengan limau nipis untuk menghilangkan bau daging (saya guna jenama Ramly)
  • 1 tin besar tomatu puri (saya guna jenama Duchef kerana ia tidak terlalu masam)
  • 1 tin cendawan potong dalam tin  (saya guna jenama Rex)
  • 4 sudu besar cili kering (boleh tambah lagi jika nak lebih pedas.saya memang tak makan pedas.hehe..) 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Bebola Daging (saya beli keluaran Marina mahal sedikit tapi memang sedap sangat dan kurang lemak) 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air
  • 2 sudu besar serbuk oregano kering untuk letak dalam sos(tiada pun tak mengapa)
  • Keju Parmesan (tiada pun tak mengapa)
  • Basil Kering

Cara-cara:-
1.Panaskan minyak dalam kuali (seeloknya guna kuali/periuk yang agak besar)kemudian masukkan bawang yang didadu tadi.Setelah bawang naik bau dan bertukar jadi kuning  masukkan cili kering.Setelah cili garing masukkan daging dan biarkan masak seketika.
2.Sementara itu didalam periuk lain sediakan bebola daging.Untuk bebola daging Marina itu saya ikut arahan dibelakang pek.Saya tidak nyahbekukan dahulu bebola daging jadi saya masukkan pek bebola dalam air mendidih lebih kurang 20 minit.Kemudian saya angkat dan keluarkan bebola daging yang sudah siap direbus itu,Kelebihan kaedah ini bebola tadi tidak akan menyerap air rebusan lalu tidak akan mengembang dan bertukar rasa.
3.Bila daging empuk.Masukkan tomato puri kedalam tumisan daging tadi dan renih lagi.Renihkan hingga naik minyak dan masukkan cendawan potong.Setelah itu masukkan air anggaran 1 3/4 liter.Dan biarkan mendidih.Setelah mendidih bolehlah dimasukkan bebola daging tadi.Biarkan mendidih lagi sehingga sos agak pekat.Setelah  sos menjadi pekat masukkan garam dan gula secukup rasa.Taburkan serbuk oregano kering tadi.Kini sedia untuk dihidangkan bersama-sama spaghetti.
4.Untuk menambah lebih perisa bolehlah taburkan keju Parmesan ,sedikit oregano dan basil kering keatas spaghetti yang telah diletak sos.Sedia Untuk disantap.Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment