Pages

Wednesday, April 18, 2012

Tofu Kukus dan Ayam Cincang

Tofu Kukus dan Ayam Cincang
Hidangan untuk 2 orang
bahan-bahan:

1 bekas tofu lembut (ada jual kt supermarket)
1 tangkai daun bawang, dicincang
2 cendawan kering, direndam dan dicincang
100gm daging ayam tanpa lemak dicincang
sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
sedikit air
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 3 sudu besar air

Perisa:

1 sudu besar kicap soya cair 
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram 
sedikit lada putih

bijan untuk hiasan kalau ada
sedikit cili api/cili besar dipotong halus jika suka pedas

kaedah:

1. Perap ayam dan cendawan dengan bahan perisa selama 30 minit.

2. Kukus tofu selama kira-kira 3 minit.

3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.Tambah campuran ayam dan cendawan yang diperap dan kacau rata.Terus kacau ayam supaya ia tidak melekat.Tambahkan air dan biarkan mendidih beberapa minit. Tuangkan campuran tepung jagung untuk memekatkan sos.Tambahkan daun bawang sebelum  tutup api.Kalau kurang rasa boleh 'adjust' dengan garam dan gula bagi secukup rasa.Kemudian bolehlah tabur sedikit bijan jika suka sebagai hiasan.

4. Tuangkan sos ayam yang dimasak tadi ke atas tofu yang telah dikukus.Hidangkan panas-panas bersama nasi.






menu yang sesuai bagi mereka yang nak berdiet kerana rendah lemak dan tinggi dengan protein